Tuesday, October 21, 2008

pembuka botol "ocean park-Hong Kong" for today

pembuka botol yang baru menjadi koleksi jamal, dapatan petang ini... sambil temankan kawan repair kereta..merayau kedai barang terbuang.. dapat pembuka botol ni. kalau ada kekawan yang nak sedekah pembuka botol masih dialu2kan.

pasti ada yang pernah tengok lighter2 lama macam ni, terutamanya yang sebelah kanan atas tu. zaman rokok 555 dan captain tu...


plat basikal roda tiga. saja kumpul sebab ada perkataan basikal. cess

lama2 skali masukan gambar collector pulak.. haha. asyik gambar barang terbuang je.....

Sunday, October 19, 2008

sabtu

semasa gotong-royong. gunakan kaki dengan betul....jangan tertendang cikgu jj pulak. :))

agak2 bila la cikgu jj nak ajak makan ni. tak kan sampai rata gunug semanggol ni.........

Saturday, October 18, 2008

sabtu

sabtu........i love sabtu. boleh buat mcm2.......kayuh beskal, jalan2 cari makan, dll..
tapi sabtu ni berada di sekolah lg. aktiviti gotong-royong bersihkan sekolah. musim hujan di Semanggol sekarang. sekolah pulak di lereng gunung yang sudah ternama.

Tuesday, October 14, 2008

pembuka botol

gambar dekat pembuka botol lama. FRASER&NEAVE (F&N).

pisau lipat kecil yang jika diperhatikan biasanya digunakan oleh tukang2 jam di kedai2 jam lama.
pelbagai bentuk pembuka botol yang telah berada dalam senarai koleksijamal

pembuka botol pelbagai bentuk. sedia untuk bertukar-tukar koleksi. sukar ditemui di kedai-kedai sekarang.

cawan kaca

cawan kaca bunga kangkung. jarang ditemui yang asli kini. lukisan terang dan jelas. juga terdapat pelbagai bentuk dan pelbagai saiz teko kaca sebagai padanan. akan diupload kemudian.

teko ini sukar dilihat kini. biasanya digunakan semasa majlis kenduri dikampung-kampung.

lukisan kecil

lukisan kecil menunjukkan elemen air yang mengalir dicelah-celah batu... sama seperti masa/usia kita.
pelajari sasuatu daripada setiap perkara. setelah meninggalkan alam persekolahan pelajaran sebenar akan bermula. timbangkan baik-buruk sebelum melakukan apa jua tindakan.

koleksi lukisan kecil

lukisan gambaran jambatan kayu, basikal tua dan belukar mengingatkan kita tentang kesusahan hidup dan kesabaran masyarakat di kampung-kampung menempuh hidup seharian.

lukisan sebahagian struktur masjid yang penting- kubah
sampan...sentiasa menggingatkan kita tentang kehidupan. air ibarat masa yang sentiasa mengalir dan berlalu. dan sampan pula dicipta bukan untuk berlabuh, tetapi untuk berlayar dan menyediakan bekalan untuk sampai ke pelabuhan berikutnya.....begitu juga bekalan yang terlalu berlebihan boleh menenggelamkan sampan..... pelajarilah sesuatu dalam setiap yang dilihat.

elemen air yang mengalir........adalah usia yang berlalu... walau apa juga rintangan yang dihadapi, kehidupan perlu diteruskan.

gunung adalah ibarat cita-cita dan harapan. namun untuk mencapai cita-cita pelbagai halangan dan cabaran pasti ditempuhi. banyakan bersabar.

Monday, October 6, 2008

koleksi lukisan kecil






beberapa lukisan kecil yang telah siap sepanjang taun 2008.........

koleksi gambar sekolah



salam,

atas sebab2 tak habis cosmopoint blog ni mengalami masalah skit, jadi terpaksa hapus kira dan disambung semula siarannya kini. dari semasa ke semasa saya akan terus berkongsi perkara2 atau apa yang saya rasakan menarik/boleh dikongsi bersama2.

hari ni adalah hari pertama sambung kerja2 di padang selepas berehat2, merayau2 dan makan2 selama lebih kurang 10 hari. cerita hari ni... raya, kenduri.. dan peperiksaan. penggal persekolahan tinggal lagi 6 minggu termasuk minggu peperiksaan. lepas tu.........rehat lagi sebulan setenggah. boleh la pi tasmania........haha.

kamera dah beli baru.......yang lama rosak pulak. jadi ada la peluang masukkan gambar2 banyak skit. asyik gambar basikal mungkin tak syok pulak. ramai yang kata.......... cukup la naik basikal masa sekolah dulu. so..... insya allah saya akan kongsi gambar2 di persekitaran taiping dan kampung2 terdekat. kemana pun kita pergi satu masa kita pasti sedar tempat kita dilahirkan dan zaman kanak2 lah yang paling bermakna dan menarik (petani- sawah, nelayan- pantai dan bot2, ....heehe. betoi ka aya? saya pulak memang suka tengok rumah2 lama.........sampan kayu.........dan sedang cuba projek baru....... nak ambik gambar2 rumah2 kayu yang lama, masjid lama dan pemandangan2 kampung....................tentunya sambil kayuh basikal.

hobi yang sedang dilakukan sekarang mengumpul botol2 lama (murah) dan gelas2 lama yang berwarna warni. nanti saya cuba kongsikan bersama. dan boleh juga tukar2 barang atau jual beli.

ok salam ingatan buat semua yang masih mengingati.......... kawan2 semasa belajar, bekerja atau rakan2 pasar karat yang terus komited dengan hobi yang mencabar ni...........dan untuk rakan2 pengayuh basikal............ jumpa di taiping mtb heritage ride 2008




kayuhan




kucing, udang kara dan kek sarawak